Monday, May 14, 2012

Syaitan Eksistansialisme

Eksistensialisme berhamburan, meresap dan merasuk rakus ke setiap ufuk dunia. Anak-anak muda asyikkan Hedonisme, Pemuda-pemuda harapan diperkudakan nafsu, Gadis-gadis gilakan cinta tanpa batasan. Yang tua renta tersadai dilanggar arus Cinta Dunia.

Filsufus kuffar bersaksi: "Dunia ini hanyalah tempat memuaskan nafsu. Selepas mati tiada lagi alam lain. Kita semua menjadi tanah!"

Lalu omongan tahyul ini dijulang tinggi, melebihi kalam ilahi. Bergelimpangan manusia bersumpah mengabdikan diri kepada nafsu. Tenggelam dalam ghairah sehinggakan lemas sedalam-dalamya. Zahir kesesatan ini, dalam Filem-filem bernobat boxoffice, Lagu-lagu di carta teratas & Syair-syair siulan di jalanan.

Menghirup udara dunia. Di bandar-bandar besar yang begitu masyhur maju, menaranya mengusik langit, manusianya lalai diusik iblis. Aku terbatuk, asap dan gas merbahaya gemar bertebaran. Tapi kerongkong ini, lebih loya, kerana dijamu kerenah bangsa kita. Lupa ayah lupa ibu,  lupa semalam lupa esok, lupa Allah lupa Rasul...

Mungkinkah kita..
Melihat tanpa kerut di dahi, mendengar tanpa gelisah di hati? Khabar ngeri umat ini, harus dirasa dilemanya oleh kita semua.
Ketuk sedikit hatimu itu, apa yang sering didegupkan? Adakah Allahu..Allah..Allahu..Allah..?
Atau hanya setakat hal remeh-temeh yang pasti fana nanti?

"Hapuskan hatimu dari selain yang dicintai (Allah)"
[Al-Syibli]

Masyarakat kita sekarang, mengharapkan pendakwah yang bertautan akrab hatinya dengan Tuhan. Mereka, sangat mahukan rasa Cinta & Rindu yang jujur kepada Allah. Di daerah hati, ada ceruk yang tak mampu diisi oleh gelak tawa & kepuasan, ketahuilah..bahawa itulah daerah Zikrullah. Semua manusia mempunyai hati yang dambakan tuhan. Kita yang ditaklifatkan, memimpin tangan masyarakat awam, meraba-raba cahaya di sebalik kegelapan.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment